Saturday, September 25, 2010

Da'wah dan Tabligh............

Da`wah Illallah Cara Baginda Mustafa Muhammad SAW


Dakwah ialah jemaah yang bergerak mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w melalui fikir yang sama sebagaimana fikir Rasulullah saw, maksud dan tujuan yang sama, semangat dan gerak yang sama, pembicaraan yang sama dalam perkara yang sama, kefahaman agama yang sama atas perkara yang sama, satu hati dengan semua da’ie dan kasih sayang kepada semua manusia, bermatlamat semua manusia sehingga bayi terakhir pada hari kiamat terselamat dari api neraka.
Maksud jemaah yang bergerak mengikut sunnah nabi s.a.w. ialah jemaah yang berpandukan sirah nabi s.a.w.


Maksud Pendakwah atau Da’ie
Pendakwah ialah satu kerja untuk islahkan diri sendiri, fardu ain ke atas setiap individu muslim, melalui mujahadah, dalam dakwah manusia kepada iman dan amal supaya hakikat iman dan amal masuk dalam hati sanubarinya, terutama membetulkan iman dan yakin diri sendiri sepenuhnya pada Allah swt sehingga terputus pengharapan pada asbab, serta ajak orang lain ikut suasananya tanpa terkesan sedikitpun dengan suasana sekelilingnya, dia juga yakin melalui usaha dakwah maka nusrah dan bantuan Allah s.w.t akan bersama dengannya sehingga hari kiamat.


Maksud Di dakwah atau Mad’u
Di dakwah ialah individu Islam menjadi objek da’wah kerana tiada membuat usaha dakwah sebaliknya dia membuat usaha ke atas asbab sehingga dia yakin terhadap asbab lebih utama daripada amal untuk menyelesaikan masalah infradi dan ijtima’ie, dan dia juga tidak memasukkan perintah Allah s.w.t dalam asbab.


Apakah Kandungan Dakwah
Kandungan dakwah ialah seluruh ajaran Islam dalam semua lapangan hidup manusia, menjadi pengenalan Islam kepada orang Islam dan bukan Islam, dan menjadi asbab hidayat untuk manusia, melalui kita dakwahkan kepada manusia supaya iman dan yakin kita terbina.


Apakah Teknik Berdakwah
Teknik berdakwah ialah menggunakan diri, harta dan masa untuk berdakwah dengan mujahadah, sabar dan takwa, niat untuk islahkan diri sendiri dengan menziarahi manusia kepada iman dan amal tanpa mendapatkan keuntungan dunia dan sediakan mereka sebagai daie. 



Aktiviti Dakwah 

Markas internasional pusat tabligh adalah di Nizzamudin, India. Kemudian setiap negara juga mempunyai markas pusat nasional, dari markas pusat dibagi markas-markas regional/daerah yang dipimpin oleh seorang Shura. Kemudian dibagi lagi menjadi ratusan markas kecil yang disebut Halaqah. Kegiatan di Halaqah adalah musyawarah mingguan, dan sebulan sekali mereka khuruj selama tiga hari. Khuruj adalah meluangkan waktu untuk secara total berdakwah, yang biasanya dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir. Orang yang khuruj tidak boleh meninggalkan masjid tanpa seizin Amir khuruj. Tapi para karyawan diperbolehkan tetap bekerja, dan langsung mengikuti kegiatan sepulang kerja. Orang yang telah khuruj kemudian disebut Karkun, dan tanpa adanya suatu baiat.
Sewaktu khuruj, kegiatan diisi dengan ta’lim (membaca hadits atau kisah sahabat, biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Yusuf), jaulah (mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali pada Islam yang kaffah), bayan, mudzakarah (menghafal) 6 sifat sahabat, karkuzari (memberi laporan harian pada amir), dan musyawarah. Selama masa khuruj, mereka tidur di masjid.
Aktivitas Markas Regional adalah sama, khuruj, namun biasanya hanya menangani khuruj dalam jangka waktu 40 hari atau 4 bulan saja. Selain itu mereka juga mengadakan malam Ijtima’ (berkumpul), dimana dalam Ijtima’ akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) oleh para ulama atau tamu dari luar negeri yang sedang khuruj disana, dan juga ta’lim wa ta’alum.
Setahun sekali, digelar Ijtima’ umum di markas nasional pusat, yang biasanya dihadiri oleh puluhan ribu Karkun dari seluruh pelosok daerah. Bagi Karkun yang mampu, mereka diharapkan untuk khuruj ke poros markas pusat (India-Pakistan-Bangladesh/IPB) untuk melihat suasana keagamaan yang kuat yang mempertebal iman mereka.

No comments:

Post a Comment